Isnin, 15 Jun 2015

Majlis Tahlil Menyambut Ramadhan 2015 - Nasi Ambeng Menu Tradisi Masyarakat Jawa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Majlis Tahlil sempena menyambut  kedatangan Bulan Ramadhan memang sudah sinonim dan menjadi amalan Umat Islam di seluruh Malaysia.

Bagi masyarakat Jawa biasanya tetamu akan dihidangkan dengan Nasi Ambeng yang Unik  dan kuih-muih selepas selesai Bacaan Tahlil yang dikirimkan untuk sanak saudara yang telah pulang ke Rahmatullah.
Nasi Ambeng adalah sejenis hidangan yang terdiri dari Nasi yang dicampur dengan lauk-pauk seperti Ayam Goreng , kacang,ubi kentang,serunding dan sayur tumis yang cukup menyelerakan. Tetamu akan dihidangkan dengan Nasi Ambeng didalam dulang dan biasanya untuk satu dulang akan dibahagikan kepada 4 atau 5 orang tetamu.Tetamu akan membungkus Nasi Ambeng(Berkat)  tersebut dan seterusnya dibawa balik dan dimakan bersama keluarga dirumah masing-masing.

Berikut adalah salah satu contoh Majlis Tahlil Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan yang telah diadakan di Kg. Batu 8 Ijok,Bestari Jaya,Selangor.

Sila saksikan berita bergambar Google Stories di https://plus.google.com/108186487292867769486/stories/5f69e08a-a519-3ce0-a94b-f3566da38d7814df529367f?authkey=CIuZh4aupaDLHQ

Ikhlas dari,
Baharudin Jemenin


Tiada ulasan: