Isnin, 8 Jun 2015

Majlis Perkahwinan 38 Pasangan Pengantin Di Precint 3,Putrajaya Memang Unik Dan Meriah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Majlis ini telah berlangsung pada 7hb.Jun,2015(Ahad) dan telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya lebihkurang pukul 12:00 tengahari di Precint 3,Putrajaya,Wilayah Persekutuan. Keluarga semua pasangan pengantin sudah mula mengunjungi majlis ini seawal pukul 9:30 pagi dari seluruh Semenanjung.

Setiap pasangan yang menyertai program ini perlu membayar kepada pihak penganjur
 sebanyak RM5,000.00 dan mereka telah ditawarkan dengan pakej perkahwinan cukup menarik yang pastinya akan  menjadi kenangan yang terindah bagi setiap  pasangan.

                              Salah satu acara yang menarik adalah pasangan pengantin diarak dengan menaiki kereta BMW 5series dengan diiringi oleh Kelab Motor Superbike di hadapan dan belakang                          Kereta BMW tersebut.




Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan keluarga bagi pasangan pengantin mula beredar meninggalkan majlis pada pukul 1:00 tengahari.Selamat Pengantin Baru kepada semua Pasangan Pengantin,semuga berkekalan sehingga keJannah.

Ikhlas dari,
Baharudin Jemenin



Tiada ulasan: